Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘MF Ajif’

Page Utama kini berwajah baru. Suka diingatkan, harap pemain baru jangan daftar dekat Server 1 kerana ia digunakan untuk ‘testing’ dan pembangunan game. Database akan direset dari semasa ke semasa. Sila daftar dekat Server 0 dan perlu diketahui Dunia Pendekar masih belum siap. Fungsi permainan masih sangat terhad. Forum sementara juga telah diwujudkan andai ada yang sudi memberi komen dan cadangan atau pertanyaan, boleh dimanfaatkan forum tersebut. http://duniapendekar.forumms.net/

Terima kasih buat Pergh.net yang mereka bentuk website Dunia Pendekar. Aku memang sangat suka penggunaan kerawang dalam pembinaan ‘page’ ni dan kaler yang nampak mcm rumah orang Melayu. Terbaek.. 😀 Juga penghargaan buat MF AJif Mokhsin atas artwork yang digunakan dalam page tersebut. Logo Dunia Pendekar tu masih lagi logo sementra. 😦 Slide image itu buat masa ini masih tidak ‘final’. Tujuan utamanya ialah untuk menerangkan dengan ringkas tentang dunia pendekar. Mungkin setelah semua artwork sudah sedia, page ini akan diupdate bagi mencapai objektif menerangkan perihal Permainan Web Browser, Dunia Pendekar.

Jadi.. boleh lawati page baru ni kat http://duniapendekar.com/ dan andai ada cadangan penambahbaikkan sangat-sangat dialu-alukan. Tak sabar menanntikan siap semuanya. Insya Allah.. 🙂

-Fuad-

Advertisements

Read Full Post »