Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2012

Page Utama kini berwajah baru. Suka diingatkan, harap pemain baru jangan daftar dekat Server 1 kerana ia digunakan untuk ‘testing’ dan pembangunan game. Database akan direset dari semasa ke semasa. Sila daftar dekat Server 0 dan perlu diketahui Dunia Pendekar masih belum siap. Fungsi permainan masih sangat terhad. Forum sementara juga telah diwujudkan andai ada yang sudi memberi komen dan cadangan atau pertanyaan, boleh dimanfaatkan forum tersebut. http://duniapendekar.forumms.net/

Terima kasih buat Pergh.net yang mereka bentuk website Dunia Pendekar. Aku memang sangat suka penggunaan kerawang dalam pembinaan ‘page’ ni dan kaler yang nampak mcm rumah orang Melayu. Terbaek.. 😀 Juga penghargaan buat MF AJif Mokhsin atas artwork yang digunakan dalam page tersebut. Logo Dunia Pendekar tu masih lagi logo sementra. 😦 Slide image itu buat masa ini masih tidak ‘final’. Tujuan utamanya ialah untuk menerangkan dengan ringkas tentang dunia pendekar. Mungkin setelah semua artwork sudah sedia, page ini akan diupdate bagi mencapai objektif menerangkan perihal Permainan Web Browser, Dunia Pendekar.

Jadi.. boleh lawati page baru ni kat http://duniapendekar.com/ dan andai ada cadangan penambahbaikkan sangat-sangat dialu-alukan. Tak sabar menanntikan siap semuanya. Insya Allah.. 🙂

-Fuad-

Advertisements

Read Full Post »

Game Tutorial atau Tunjuk Ajar sedang dikemaskini. Gambar icon seperti kat sebelah kiri ini telah diletakkan supaya senang pemain nak akses tunjuk ajar bila-bila masa. Idea asalnya ialah nk buat satu page lain untuk bahagian tutorial tapi masalah yang timbul ialah bila pemain dah abes tutorial pon masih akan load media untuk tutorial. Kemudian nak open new page khas untuk tutorial instruction, tapi tgk2 balik memang leceh pemain nak minimize dan maximize pulak window tu. Last-last buat embeded box kat dalam page yang sama. Terima kasih buat Nizam Mysticmind yang bagi tunjuk ajar nak buat floating box tu. Terbaik.. 😀

Buat masa ni Tunjuk Ajar ini akan menengahkan 10 langkah bermula dari buat Rumah Penghulu sehingga serang kampung lain. Orait, perincian tunjuk ajar yang akan dilakukan oleh pemain (buat masa ini) ialah seperti berikut:

  1. Bangunan Pertama
  2. Rumah Penduduk Kampung
  3. Sumber Air
  4. Sawah Padi & Sumber Industri
  5. Warung Kopi Tempat Berkumpul
  6. Misi Pertama
  7. Bina Tapak Laga Ayam
  8. Latih Samseng (5 orang)
  9. Bina Mimbar Perhimpunan
  10. Serang Kampung Lain

Untuk versi pertama tutorial ni, hanya ada 10. Akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan pemain. Kalau ada ‘part’ yang rasa perlu diberi tunjuk ajar, akan ditambah tutorial berkenaan. Setiap tutorial akan menggunakan gambar ‘instructor’ yang akan di buat ‘looping’ supaya nampak macam pemain berbual dengan ‘instructor’. Ada 4 gambar seperti dibawah:

Ok.. itu sahaja update untuk kali ini.. Terima kasih 🙂

-Fuad-

Read Full Post »