Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2011

Populasi Kampung

Penduduk kampung di dunia pendekar boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

  • Penganggur
  • Pekerja
  • Pendekar

Penganggur adalah penduduk yang dok melepak je kat kampung. Bilangan dia boleh dirujuk kat menu di screen.

Dekat situ bilangan yang ditunjuk ialah penganggur / bilangan maksima penganggur. Perlu di ingat, semua penduduk kampung perlu ada rumah. Tak baik biarkan derang tido tepi jalan. 🙂 Tiap kali bangunan di bina, penganggur akan jadi pekerja di bangunan tersebut.

Kalau di perhatikan bukan saja bilangan penggangur berkurang tiap kali buat bangunan, tapi bilangan maksima penganggur juga berkurang. Sebabnya pekerja masih tinggal dirumah, bilangan penganggur yang berhijrah kekampung anda tidak boleh melebihi ruang kosong tempat tinggal. Untuk naikkan ruang tempat tinggal, anda perlu naik taraf rumah penduduk kampung.

Jumlah pekerja boleh dilihat dekat rumah ketua kampung. Contoh senarai pekerja seperti di atas.

Bagi pemain jenis Pedangang / Saudagar, pembahagian kerja ini sangat penting. Sebabnya nilai harga barang akan berubah mengikut harga semasa. Sebagai saudagar, perlu fokus pada barang yang boleh bagi keuntungan yang maksimum.

Bagi pendekar juga sama, bila ketenteraan lagi penting, ketua kampung boleh pecat semua pekerja dan latih mereka jadi pendekar.

Last sekali adalah pendekar, penganggur yang dah dilatih menjadi pendekar.

Pengiraan populasi sesebuah kampung adalah, populasi = bilangan penganggur + bilangan pekerja + bilangan pendekar

Populasi takkan melebihi tempat tinggal penduduk. Yelah, mana derang nak tinggal plak kalau penduduk lagi banyak dari rumah. Heheh 😀 Maksudnya di dunia pendekar, terdapat bilangan maksimum untuk penduduk. Even otai macam mana pon, ada had maksimum untuk anda buat pendekar

Apapon ada trick dia supaya anda mempunyai askar yang sangat banyak. Rahsia dia sebenarnya terletak pada Saudagar sebab saudagar boleh mengupah askar upahan tanpa had. Pastikan pakatan anda mempunyai Player jenis saudagar. Nanti kita akan bicangkan lagi pasal askar upahan ni

Itu saja buat kali ni, oh sebelum terlupa. Jangan segan-segan untuk like Facebook Page kami : http://www.facebook.com/pages/Creative-Instinct-Game-House/303305396366751

Kat Facebook page ini, perkembangan Dunia Pendekar akan diupdate lebih kerap

Advertisements

Read Full Post »