Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2011

Dunia Pendekar kini ditambah ciri baru iaitu cuaca yang sentiasa berubah. Cabaran utama ialah camna aku nak execute php code untuk tukar cuaca tepat pukul 12 mlm setiap hari. Aku telah cuba menggunakan Cron Job dan hasilnya…. berjaya 😀 Terbaik. Tepat pukul 12 mlm setiap hari, Dunia Pendekar akan bertukar cuaca antara 5 jenis iaitu:

  • Cerah
  • Mendung
  • Hujan
  • Ribut / Taufan
  • Hujan Kilat

Bila aku surf around cron job ni tak semua hosting bagi. Alhamdulillah Dunia Pendekar punya hosting ada kemudahan cron job. Tulun promote sket 😉 Dunia Pendekar munggunakan hosting SempoiHosting.Com

Berbalik pada cuaca tadi, setiap cuaca akan mempunyai kesan baik dan buruk tertentu mengikut jenis pemain, puak dan misi.  Jom kita pegi satu-satu cuaca.

Cerah:

Kebarangkalian untuk dapat cuaca Cerah dalam sehari ialah 50:50 (Code php aku akan buat random 50% chance untuk dapat cuaca cerah). Cuaca cerah ialah cuaca yang nuetral. Tiada kesan pada mana2 pemain.

Mendung:

Kebarangkalian untuk dapat cuaca Mendung dalam sehari ialah 12.5% (bersamaan 1:4 daripada 50:50). Maksudnya ada 50% untuk dapat cuaca bukan cerah, jika dapat  cuaca bukan cerah ada 25% chance untuk dapat cuaca mendung. Dari segi ekonomi, Puak Api yang boleh menternak akan meningkat hasil. Begitu juga puak Air yang ada nelayan. Puak Tanah yang memburu dan Puak Angin yang bercucuk tanam akan kurang hasilnya. Bagi pemain jenis pedagang yang boleh ada kesemua jenis hasil, setiap hasil kesannya berlainan. Mendung tidak ada kesan pada peperangan dan misi.

Hujan:

Hujan sama je dengan mendung cuma dari segi ekonomi kesannya terbalik. Bagus untuk petani dan pemburu. Tak bagus untuk penternak dan nelayan. Dari segi ketenteraan, puak api akan mempunyai kesan buruk. Sementara puak air akan menjadi bertambah kuat. Misi pulak, akan punyai kesan buruk untuk misi yang melibatkan panjat gunung, belayar dan berkaitan dengan hujan. Buat pedagang, berhati2 sebab kelebihan pada para perompak untuk mengepau barang dagangan anda. Makhluk halus yang boleh berfungsi time hujan ini hanya lah Hantu Air. Sila simpan toyol dan orang minyak anda dalam botoi. Haha.. 🙂

Ribut:

 

Kebarangkalian adalah sama untuk cuaca bukan Cerah. Dari segi ekonomi, semua akan alami kesan buruk. Ketenteraan, Santau Angin akan ada efek paling kuat time ni. Gunakan tangkal pendinding kuat sket. Puak Api dan Puak angin akan ada kelebihan dalam ketenteraan. Misi memang akan ada efek depend misi apa. Pencak Silat yang menggunakan unsur angin ada kelebihan jika digunakan dalam misi atau pertandingan silat.

Hujan Kilat:

Kebarangkalian adalah sama untuk cuaca bukan Cerah. Kelebihan utama cuaca ni adalah hari turunnya batu kilat dan besi kersani dari langit. Sediakan Bomoh anda untuk dapatkan dua barang yang bernilai ini. Bagi ekonomi tak berapa bagus tapi peluang bagus untuk dapat harga yang tinggi bagi pedagang. Simpan stok untuk hari ini. Jaga kampung ada elok2. Tips :Letakkan Pemanah dan Pendekar Kapak Badik di Menara Tinjau. Ada binatang buas yang ketakutan mungkin masuk kampung. Oh ya. Dilarang buat barbeque Babi Hutan ye..

Itu serba sedikit pasal cuaca. Cerita pasal apa yang dah siap.

Update Dunia Pendekar:

Benda yang paling aku terkilan ialah gambar. Bila tengok gambar tak cun, adeh. Hilang semangat kejap tapi apapun aku nk siapkan juga. Apa yang aku dah buat:

  1. Upgrade Sumber. Masih pending kos setiap tahap sumber, produksi setiap sumber. Dari segi syntax update database proven ok.
  2. Status Cuaca : Kat page Kampung dan Pusat. Sekarang ni Cron Job tak cater lagi random weather.
  3. Askar Dalam Kampung. Masih tak masukkan makhluk halus. Mungkin aku letak belah kiri.
  4. Page Pusat dah letak gambar bangunan semua. Tapi susunan berterabur lagi. Aku tak semangat sgt nk susun sebab nnti bila dah dapat bangunan baru nak susan lagi sekali. Leceh kot. Aku ingat nk letak rumah penduduk kat tengah-tengah nanti. Pagar ngan menara takdek lagi. Huhu 😦
  5. Page Statistik. Aku dah berjaya buat multipage untuk tunjuk sume player dan susun ikut populasi. Malangnya aku tak boleh lagi nak buat default page terus bukak page ranking player tu terus. Under construction.
  6. Page mesej dah boleh pakai cuma tak lawa lagi. So far, database query tak de maslah.
Senang cerita banyak yang tak siap lagi nak susun atur dan kemaskini rujukan data. Best nya kalo ada gambar cantik. I may spend my hard earn money for that. Harap2 ada ilustrator yang considerate.
Ok. Nanti kalo aku rajin aku update lagi. Adios.
-Fuad-
Advertisements

Read Full Post »