Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2009

Email Activation

Slow sket update.. busy ngan keje harian. Okeh… Aku dah upload beberapa page kat host. Disk space usage dah pakai 12.69 MB. Aku bayar pon untuk 30 MB. Huhu. tak masuk database lagi nih.

Main page untuk testing  kot2 korang nk komen : http://www.duniapendekar.com/utama.html

Update untuk panduan aku akan hanya buat kat page ni : http://www.duniapendekar.com/panduan.html

Lepas ni kalo aku nk update pon mungkin story line ngan aspek teknikal je kat blog ni.

Kalo korang klik daftar sekarang tak bleh lagi sebab aku tengah finalize database table ngan aku dok godek2 nk buat bila orang daftar, activation email akan dihantar. Lepas dia klik kat activation linkage tu baru table untuk database kampung dia akan dibuat.

Challos for now…

-Fuad-

Advertisements

Read Full Post »

Pembukaan Kampung

Aku sekrang tengah nk finalize first stage bangunan2 yang perlu ada dalam pembinaan kampung. Dah finalize ni baru aku bleh nk sambung persediaan untuk peringkat paling awal percubaan di server betul.  Gambar yang aku ada sekrang adalah yang aku download dari http://clipart.nicubunu.ro/?gallery=rpg_map

rumah_ketua21. Rumah Ketua Kampung

Okeh.. bila start je pembukaan kampung baru, ada satu jek bangunan yang akan ada. Inilah bangunan tersebut, rumah ketua kampung. Inilah rumah anda sebagai ketua kampung. Dalam dunia pendekar, rumah ketua kampung adalah paling utama. Disini lah pusat pemerintahan kampung anda. Sesetengah bangunan yang perlu dibina memerlukan rumah ketua kampung  pada tahap tertentu.

tent2. Rumah Tukang ( Gambar sekadar hiasan – huhu.. gambar yang iras2 pon tak dapat carik)

Langkah pertama ketua kampung ialah menyediakan rumah untuk tukang. Setelah rumah tukang siap, barulah ketua kampung dapat mengupah tukang tinggal di kampung nya. Makin tinggi tahap rumah tukang, makin ramai tukang dapat tinggal. Pembinaan bangunan akan jadi lebih cepat.

village22. Rumah Orang Kampung

Untuk memajukan sesuatu kampung, penduduk atau orang kampung adalah perlu. Kampung takkan jadi kampung tanpa penduduk. Bila rumah penduduk / orang kampung siap, barulah orang akan datang berhijrah ke kampung baru ni.

Penduduk diperlukan untuk jadi pekerja dan juga askar. Kadar penghijrahan penduduk dipengaruhi juga oleh mata pengaruh ketua kampung.

wishing_well3. Telaga / Perigi

Keperluan asas untuk penduduk ialah bekalan air bersih.  Untuk membuat ladang padi, telaga mesti ada. Untuk menaik taraf ladang juga memerlukan tahap telaga yang tinggi.

Begitu juga dengan bilangan penduduk serta bangunan seperti kandang kuda dan lain-lain.

farm4. Sawah Padi (Gambar aku ada ni versi mat salleh sket)

Lepas air, penduduk perlukan makanan. Perlu di ingat, setiap bangunan perlukan pekerja.

Ini adalah makan ruji penduduk.

Buat masa ni itu je dulu. Nnti aku sambung plak.. Adios..

-Fuad-

Read Full Post »

Aku rasa sangat hepi arini sebab ada seorang yang sangat baik hati telah melukiskan karekter untuk game Dunia Pendekar.

Terima kasih sangat-sangat pada Walid : http://mat3w.deviantart.com/ yang dh melukis gambar karekter utk Dunia Pendekar. Korang bleh tgh kat sini artwork yang best ni : http://mat3w.deviantart.com/gallery/#Dunia-Pendekar

Aku tgh wat website yang versi sratch lagi. Aku tiru presentation Travian lagi. Hehe. Sape pemain Travian musti menyampah dgn Dunia Pendekar versi mula2 nih. Nk wat camna bro. Tak kreatif. 😦  Tujuan utama aku nk tgk enjin dia ada masalah tak. Excuse the presentation yerkk.

Okeh.. meh aku cerita sket lagi pasal Dunia Pendekar dengan lebih detail. Oh, sebelum aku proceed, sila take note gambar yang buruk tu aku lukis sendirik. Yang cun tu Walid yang bagi. Huhu.

Aku x nk cerita apa yang aku dah cerita sebelum2 ni, aku nk cerita yang baru jek. Nk tahu cerita sebelum ni sila cek post2 sebelum dan jugak page Projek.

kampung2

Obvious sgt gambar ni aku lukis sendirik. Bukan lukis sendirik jugak, aku edit dari gambar yang aku download kat sini: http://clipart.nicubunu.ro/?gallery=rpg_map. Bagus betul mamat ni bagi downlowd free jek. Oh..simbol2 kampung tu aku pinjam simbol kartun Avatar. Hehe.

Okeh, dunia pendekar terbahagi kepada 4 kawasan iaitu:

  1. Hulu – Dihuni oleh puak tanah
  2. Hilir – Dihuni oleh puak air
  3. Matahari Naik – Dihuni oleh puak api
  4. Matahari Jatuh – Dihuni oleh puak angin

Setiap puak mempunyai dua jenis kampung iaitu kampung pahlawan dan kampung pedagang. Walaupon bangunan asas nya sama, namun kampung pahlawan mempunyai bangunan kearah keganasan. Manakala kampung pedagang pula mempunyai bangunan kearah ekonomi dan perdagangan.

Jom kita berkenalan dgn watak2 dalam game ni:

DP___Pendekar_Keris_by_mat3wIni adalah pendekar keris. Dia ni pahlawan jarak dekat yang agak efektif. Dengan pencak silat bersenjatakan keris, dia boleh membunuh dengan cepat. Kalo ikut ranking dalam dunia pendekar, dia adalah nombor 3 dari bawah. Okeh, camni cara nk wat askar kat dalam dunia pendekar.

  1. Ketua kampung harus buat rumah penduduk. Nnti orang akan datang tinggal di kampung.
  2. Penduduk yang menganggur boleh ditukar jadi Samseng dekat gelanggang laga ayam.
  3. Samseng boleh di naik taraf jadi kaki pukul jika dibekalkan buku lima. Nk wat buku lima kena ada tukang senjata.
  4. Bila ada gelanggang silat dan keris, penduduk boleh dilatih jadik Pendekar Keris.

DP___Pendekar_Parang_by_mat3wIni pulak pendekar parang. Pahlawan ni mempunyai kehebatan membunuh lebih hebat dari pendekar keris. Ia juga dikategorikan pahlawan tempur jarak dekat. Nk latih askar ni memerlukan gelanggang silat dan parang. Jika pendekar parang di hantar bertapa di empat buah kawasan berbeza, dia boleh menggunakan pencak parang terbang. Pencak parang terbang amat sesuai digunakan untuk berlawan dengan pendekar kapak badik.

DP___Pendekar_Kapak_Badik_by_mat3wNi pulak pendekar kapak badik. Pahlawan ni adalah pahlawan jarak jauh. Dia akan membaling kapak badik pada musuhnya. Ia adalah pahlawan pertahanan yang sgt berguna, kerana dia berjaya membunuh musuh sebelum musuh sempat sampai ke kampung lagi. Namun, untuk mempertahankan kampung, ketua kampung perlu menyediakan menara atas pokok. Jika digunakan utk serangan, dia mampu membunuh musuh dari jauh juga. Pertermpuran jarak dekat adalah kelemahan utamanya.

DP___Pendekar_Tombak_by_mat3wPendekar tombak adalah pahlawan paling efektif untuk menentang pendekar berkuda. Dengan tombaknya yang panjang, dia dapat menjatuhkan pendekar lebih mudah berbanding pendekar lain. Namun dia juga agak lemah jika bertempur dengan pendekar jarak dekat seperti pendekar keris dan pendekar parang.

DP___Lanun_by_mat3wLanun dilatih untuk tujuan merompak pedagang2. Jalan perdagangan utama dalam dunia pendekar ialah melalui jalan air. Dengan melatih lanun, kampung dapat merompak pedagang2 yang sedang berdagang. Kampung perlulah ada tukang perahu untuk melatih lanun. Senjata yang diperlukan ialah parang.

DP___Pendekar_Berkuda_by_mat3wInilah pendekar yang paling laju dan paling handal. Bersenjatakan parang dan berkuda, dia dapat merempuh barisan pertahanan pihak musuh dengan pantas dan kejam. Sediakan pendar tombak kawan. Jangan memandang rendah pada pendekar berkuda.

DP___Bomoh_by_mat3wPerbezaan antara puak dapat dilihat dgn kelebihan bomoh masing2. Bomoh juga antara kelebihan kampung yang hebat kerana dia dapat buat beberapa perkara antaranya:

  1. Serangan jarak jauh (dari kampung ke kampung). Cth: Puak angin boleh menggunakan Santau Angin. Puak api boleh menghantar bola api. Puak tanah boleh merasuk penduduk.
  2. Sediakan tangkal kebal (meningkatkan pertahanan) pahlawan.
  3. Mengasap kemenyan sejata (meningkatkan serangan)
  4. Bela makhluk halus utk tujuan tertentu. Nnti aku cerita pasal makhluk halus. Nak ada makhluk halus, kena ada bomoh dulu.

DP___Toyol_by_mat3wToyol digunakan untuk mencuri sumber kampung lain. Kena ada bomoh mengawal toyol ni.

DP___Orang_Minyak_by_mat3wOrang minyak digunakan untuk melumpuhkan ekonomi sesuatu kampung. Dia akan mengacau penduduk dan bilangan penduduk akan berkurangan. Ingat..penduduk diperlukan untuk dilatih menjadi pahlawan dan juga berkerja di kampung.

DP___Hantu_Raya_by_mat3wHantu raya ialah makhluk halus yang digunakan oleh puak api dalam peperangan menentang musuh. Ia perlu dikawal oleh bomoh. Untuk puak air, hantu air digunakan. Puak tanah menyeru mambang tanah dan puak angin menggunakan jembalang. Makhluk halus jenis serangan ni dikategorikan mengikut jenis. Hantu raya dan mambang tanah adalah petarung jarak dekat. Hantu air dan jembalang ialah petarung jarak jauh.

DP___Hulubalang_by_mat3wHulubalang adalah pendekar paling hebat dalam kampung. Satu kampung hanya boleh ada satu hulubalang sahaja. Kelebihan hulubalang ialah:

  1. Boleh ada binatang sebagai khadam.
  2. Menggunakan senjata hikmat.

Hulubalang dapat meningkatkan kuasa semakin banyak pertarungan yang diharungi nya. Dia juga dapat menyertai pertandingan silat antara kampung.

Hehe.. Baru syok explain bila dah ada gmbr ni. Pasal kampung pedagang tu lenkali lah aku cerita. Lagipon x dek gambar. X semangat nk cerita. Huhu. Tapi nk perkenalkan satu lagi watak penting bagi kampung pedagang. Kampung kepahlawanan pon ada jugak tapi x sehebat kampung pedagang la. Kepahlawanan boleh berdagang melalui jalan darat jek. Tapi kampung pedagang bleh pakai jalan air sekali.

DP___Pedagang_by_mat3wIni dia pedagang. 🙂

Terima kasih tak terhingga sekali lagi kat Walid. Jumpa lagi..

-Fuad-

Read Full Post »

Buat Kat Server Betul

Aku dah buat cara serangan dah. So far ok cuma masalah dia kalo dua2 orang yang yang menyerang dan diserang offline. Susah aku nk calculate hasil serangan dia. Jadik, aku dok pikir sekarang ni, masih nk kena pakai cronjob.

Buat masa ni aku ingat nk mula wat kat dalam server dah. Tapi x melibatkan askar lagi. Kira bina kampung jek. Dan memandangkan xdek orang yang sudi sumbangkan gambar, aku pakai gambar mana2 yang ada jek. 😦

Nnti kan kemunculan paparan permainan Dunia Pendekar yang tak cun nnti. Isk.. Isk..

Read Full Post »

Semalam aku dah berjaya buat map guna CSS Layer. Simple jer. Setelah aku mengkaji tentang SVG ngan CSS, aku decide pakai CSS. Aku load coordinate dari database MySQL pakai PHP. Pastu aku convert variable dia ke Javascript variable. Javascript plak akan plot kampung tu atas map besar. Kira ada 2 layer la sekarang ni.

Concept wise dah ok la cuma nk kena cantikkan lagi dan optimise kat lagi cara dia plot map. Next aku nk kena buat yang aku rasa paling mencabar, serangan. Belom start lagi dah cuak dah..hehe.. Ada 2 part yang perlu cater.

  1. Koordinat dan tempoh diambil untuk sampai. Ni bergantung pada jarak dan kelajuan pahlawan tu.
  2. Keputusan serangan. Ni bergantung pada kekuatan dan jumlah pahlawan.

Wish me luck.. 😛

-Fuad-

Read Full Post »