Sepanjang hari semalam aku dok study nk buat coutdown bila player bina atau naik tahap bangunan. Aku belajar benda yang penting semalam. Walaupon sebelum ni aku tau apa itu client side coding dan server side coding, rupa2nya nak buat game ni kena pakai dua2. Itu yang sampai tak kuar makan tengah ari tu. Kekeke.. Lagipon aku pose.. ;p
Server side programming yang aku pakai ialah PHP. Mmg kena pakai server side untuk game sebab kalo buat kat client side programming, mmg best la player naikkan sumber2 dia. Jadik, suma maklumat pasal kampung, sumber suma database control kena buat coding pakai PHP.
Masalah dia pulak utk countdown, kalo buat server side coding asek kena reload jela page tu nk buat countdown. Disinilah nk kena pakai client side programming. Yang aku pakai ialah Javascript.
So nak pakai dua2 programming ni leceh gakla sebab dia adalah dua bahasa yang berbeza. Variable dia tak leh share. Kenalah wat conversion. Mula2 aku main Travian dulu aku pernah try bila dia tgh wat bangunan aku, tukar masa laptop aku. Tetiba bangunan tu macam dah siap, tapi bila dia load page balik, masa countdown dia akan start balik. Haaa.. semalam baru aku tau kenapa jadik camtu. Sebabnya countdown tu Javascript buat, bila tukar time kat laptop dia ikut tukar sebab dia adalah client side coding. Tapi apa coding tu buat, bila abis countdown dia akan refresh page. Haaa.. masa refresh page tu lah PHP pulak akan check dalam database finish time pastu bagitau kat Javscript masa yang betul kat server.
Fuhhh..legaa aku dah dapat buat countdown bina bangunan ni. Satu lagi advantage Javascript dia ada image mapping. Senang la kalo nk buat banyak2 linkage kat satu gambar jek. 😛
Oh oh..aku masa mencari2 lagi orang yang baik hati untuk menolong aku lukis gambar untuk game Dunia Pendekar nih. Sape yang sudi bagitau la ya. Aku sangat sangat sangat menghargai sumbangan anda.
Next step >> Buat Map. Aku xdek idea lagi nak wat camna. Okla..nk berpikir jap. Ada progress aku update lagi.. Chow…
-Fuad-