Feeds:
Posts
Comments

Page Utama kini berwajah baru. Suka diingatkan, harap pemain baru jangan daftar dekat Server 1 kerana ia digunakan untuk ‘testing’ dan pembangunan game. Database akan direset dari semasa ke semasa. Sila daftar dekat Server 0 dan perlu diketahui Dunia Pendekar masih belum siap. Fungsi permainan masih sangat terhad. Forum sementara juga telah diwujudkan andai ada yang sudi memberi komen dan cadangan atau pertanyaan, boleh dimanfaatkan forum tersebut. http://duniapendekar.forumms.net/

Terima kasih buat Pergh.net yang mereka bentuk website Dunia Pendekar. Aku memang sangat suka penggunaan kerawang dalam pembinaan ‘page’ ni dan kaler yang nampak mcm rumah orang Melayu. Terbaek.. 😀 Juga penghargaan buat MF AJif Mokhsin atas artwork yang digunakan dalam page tersebut. Logo Dunia Pendekar tu masih lagi logo sementra. 😦 Slide image itu buat masa ini masih tidak ‘final’. Tujuan utamanya ialah untuk menerangkan dengan ringkas tentang dunia pendekar. Mungkin setelah semua artwork sudah sedia, page ini akan diupdate bagi mencapai objektif menerangkan perihal Permainan Web Browser, Dunia Pendekar.

Jadi.. boleh lawati page baru ni kat http://duniapendekar.com/ dan andai ada cadangan penambahbaikkan sangat-sangat dialu-alukan. Tak sabar menanntikan siap semuanya. Insya Allah.. 🙂

-Fuad-

Advertisements

Tutorial / Tunjuk Ajar

Game Tutorial atau Tunjuk Ajar sedang dikemaskini. Gambar icon seperti kat sebelah kiri ini telah diletakkan supaya senang pemain nak akses tunjuk ajar bila-bila masa. Idea asalnya ialah nk buat satu page lain untuk bahagian tutorial tapi masalah yang timbul ialah bila pemain dah abes tutorial pon masih akan load media untuk tutorial. Kemudian nak open new page khas untuk tutorial instruction, tapi tgk2 balik memang leceh pemain nak minimize dan maximize pulak window tu. Last-last buat embeded box kat dalam page yang sama. Terima kasih buat Nizam Mysticmind yang bagi tunjuk ajar nak buat floating box tu. Terbaik.. 😀

Buat masa ni Tunjuk Ajar ini akan menengahkan 10 langkah bermula dari buat Rumah Penghulu sehingga serang kampung lain. Orait, perincian tunjuk ajar yang akan dilakukan oleh pemain (buat masa ini) ialah seperti berikut:

  1. Bangunan Pertama
  2. Rumah Penduduk Kampung
  3. Sumber Air
  4. Sawah Padi & Sumber Industri
  5. Warung Kopi Tempat Berkumpul
  6. Misi Pertama
  7. Bina Tapak Laga Ayam
  8. Latih Samseng (5 orang)
  9. Bina Mimbar Perhimpunan
  10. Serang Kampung Lain

Untuk versi pertama tutorial ni, hanya ada 10. Akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan pemain. Kalau ada ‘part’ yang rasa perlu diberi tunjuk ajar, akan ditambah tutorial berkenaan. Setiap tutorial akan menggunakan gambar ‘instructor’ yang akan di buat ‘looping’ supaya nampak macam pemain berbual dengan ‘instructor’. Ada 4 gambar seperti dibawah:

Ok.. itu sahaja update untuk kali ini.. Terima kasih 🙂

-Fuad-

Populasi Kampung

Penduduk kampung di dunia pendekar boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

  • Penganggur
  • Pekerja
  • Pendekar

Penganggur adalah penduduk yang dok melepak je kat kampung. Bilangan dia boleh dirujuk kat menu di screen.

Dekat situ bilangan yang ditunjuk ialah penganggur / bilangan maksima penganggur. Perlu di ingat, semua penduduk kampung perlu ada rumah. Tak baik biarkan derang tido tepi jalan. 🙂 Tiap kali bangunan di bina, penganggur akan jadi pekerja di bangunan tersebut.

Kalau di perhatikan bukan saja bilangan penggangur berkurang tiap kali buat bangunan, tapi bilangan maksima penganggur juga berkurang. Sebabnya pekerja masih tinggal dirumah, bilangan penganggur yang berhijrah kekampung anda tidak boleh melebihi ruang kosong tempat tinggal. Untuk naikkan ruang tempat tinggal, anda perlu naik taraf rumah penduduk kampung.

Jumlah pekerja boleh dilihat dekat rumah ketua kampung. Contoh senarai pekerja seperti di atas.

Bagi pemain jenis Pedangang / Saudagar, pembahagian kerja ini sangat penting. Sebabnya nilai harga barang akan berubah mengikut harga semasa. Sebagai saudagar, perlu fokus pada barang yang boleh bagi keuntungan yang maksimum.

Bagi pendekar juga sama, bila ketenteraan lagi penting, ketua kampung boleh pecat semua pekerja dan latih mereka jadi pendekar.

Last sekali adalah pendekar, penganggur yang dah dilatih menjadi pendekar.

Pengiraan populasi sesebuah kampung adalah, populasi = bilangan penganggur + bilangan pekerja + bilangan pendekar

Populasi takkan melebihi tempat tinggal penduduk. Yelah, mana derang nak tinggal plak kalau penduduk lagi banyak dari rumah. Heheh 😀 Maksudnya di dunia pendekar, terdapat bilangan maksimum untuk penduduk. Even otai macam mana pon, ada had maksimum untuk anda buat pendekar

Apapon ada trick dia supaya anda mempunyai askar yang sangat banyak. Rahsia dia sebenarnya terletak pada Saudagar sebab saudagar boleh mengupah askar upahan tanpa had. Pastikan pakatan anda mempunyai Player jenis saudagar. Nanti kita akan bicangkan lagi pasal askar upahan ni

Itu saja buat kali ni, oh sebelum terlupa. Jangan segan-segan untuk like Facebook Page kami : http://www.facebook.com/pages/Creative-Instinct-Game-House/303305396366751

Kat Facebook page ini, perkembangan Dunia Pendekar akan diupdate lebih kerap

Dunia Pendekar kini ditambah ciri baru iaitu cuaca yang sentiasa berubah. Cabaran utama ialah camna aku nak execute php code untuk tukar cuaca tepat pukul 12 mlm setiap hari. Aku telah cuba menggunakan Cron Job dan hasilnya…. berjaya 😀 Terbaik. Tepat pukul 12 mlm setiap hari, Dunia Pendekar akan bertukar cuaca antara 5 jenis iaitu:

  • Cerah
  • Mendung
  • Hujan
  • Ribut / Taufan
  • Hujan Kilat

Bila aku surf around cron job ni tak semua hosting bagi. Alhamdulillah Dunia Pendekar punya hosting ada kemudahan cron job. Tulun promote sket 😉 Dunia Pendekar munggunakan hosting SempoiHosting.Com

Berbalik pada cuaca tadi, setiap cuaca akan mempunyai kesan baik dan buruk tertentu mengikut jenis pemain, puak dan misi.  Jom kita pegi satu-satu cuaca.

Cerah:

Kebarangkalian untuk dapat cuaca Cerah dalam sehari ialah 50:50 (Code php aku akan buat random 50% chance untuk dapat cuaca cerah). Cuaca cerah ialah cuaca yang nuetral. Tiada kesan pada mana2 pemain.

Mendung:

Kebarangkalian untuk dapat cuaca Mendung dalam sehari ialah 12.5% (bersamaan 1:4 daripada 50:50). Maksudnya ada 50% untuk dapat cuaca bukan cerah, jika dapat  cuaca bukan cerah ada 25% chance untuk dapat cuaca mendung. Dari segi ekonomi, Puak Api yang boleh menternak akan meningkat hasil. Begitu juga puak Air yang ada nelayan. Puak Tanah yang memburu dan Puak Angin yang bercucuk tanam akan kurang hasilnya. Bagi pemain jenis pedagang yang boleh ada kesemua jenis hasil, setiap hasil kesannya berlainan. Mendung tidak ada kesan pada peperangan dan misi.

Hujan:

Hujan sama je dengan mendung cuma dari segi ekonomi kesannya terbalik. Bagus untuk petani dan pemburu. Tak bagus untuk penternak dan nelayan. Dari segi ketenteraan, puak api akan mempunyai kesan buruk. Sementara puak air akan menjadi bertambah kuat. Misi pulak, akan punyai kesan buruk untuk misi yang melibatkan panjat gunung, belayar dan berkaitan dengan hujan. Buat pedagang, berhati2 sebab kelebihan pada para perompak untuk mengepau barang dagangan anda. Makhluk halus yang boleh berfungsi time hujan ini hanya lah Hantu Air. Sila simpan toyol dan orang minyak anda dalam botoi. Haha.. 🙂

Ribut:

 

Kebarangkalian adalah sama untuk cuaca bukan Cerah. Dari segi ekonomi, semua akan alami kesan buruk. Ketenteraan, Santau Angin akan ada efek paling kuat time ni. Gunakan tangkal pendinding kuat sket. Puak Api dan Puak angin akan ada kelebihan dalam ketenteraan. Misi memang akan ada efek depend misi apa. Pencak Silat yang menggunakan unsur angin ada kelebihan jika digunakan dalam misi atau pertandingan silat.

Hujan Kilat:

Kebarangkalian adalah sama untuk cuaca bukan Cerah. Kelebihan utama cuaca ni adalah hari turunnya batu kilat dan besi kersani dari langit. Sediakan Bomoh anda untuk dapatkan dua barang yang bernilai ini. Bagi ekonomi tak berapa bagus tapi peluang bagus untuk dapat harga yang tinggi bagi pedagang. Simpan stok untuk hari ini. Jaga kampung ada elok2. Tips :Letakkan Pemanah dan Pendekar Kapak Badik di Menara Tinjau. Ada binatang buas yang ketakutan mungkin masuk kampung. Oh ya. Dilarang buat barbeque Babi Hutan ye..

Itu serba sedikit pasal cuaca. Cerita pasal apa yang dah siap.

Update Dunia Pendekar:

Benda yang paling aku terkilan ialah gambar. Bila tengok gambar tak cun, adeh. Hilang semangat kejap tapi apapun aku nk siapkan juga. Apa yang aku dah buat:

  1. Upgrade Sumber. Masih pending kos setiap tahap sumber, produksi setiap sumber. Dari segi syntax update database proven ok.
  2. Status Cuaca : Kat page Kampung dan Pusat. Sekarang ni Cron Job tak cater lagi random weather.
  3. Askar Dalam Kampung. Masih tak masukkan makhluk halus. Mungkin aku letak belah kiri.
  4. Page Pusat dah letak gambar bangunan semua. Tapi susunan berterabur lagi. Aku tak semangat sgt nk susun sebab nnti bila dah dapat bangunan baru nak susan lagi sekali. Leceh kot. Aku ingat nk letak rumah penduduk kat tengah-tengah nanti. Pagar ngan menara takdek lagi. Huhu 😦
  5. Page Statistik. Aku dah berjaya buat multipage untuk tunjuk sume player dan susun ikut populasi. Malangnya aku tak boleh lagi nak buat default page terus bukak page ranking player tu terus. Under construction.
  6. Page mesej dah boleh pakai cuma tak lawa lagi. So far, database query tak de maslah.
Senang cerita banyak yang tak siap lagi nak susun atur dan kemaskini rujukan data. Best nya kalo ada gambar cantik. I may spend my hard earn money for that. Harap2 ada ilustrator yang considerate.
Ok. Nanti kalo aku rajin aku update lagi. Adios.
-Fuad-

Browser Issue

Selamat menyambut Ramadhan semua. Bulan pose ni InsyaAllah aku kembali cargas menyiapkan Dunia Pendekar. Baru abes FAT beb.. nk wat camne keje makan gaji camni lah. Sebelum meneruskan pada topik perkembangan, aku ada good news. Team Developer Dunia Pendekar kini bertambah lagi sorang iaitu saudara Meen. Dia akan membuat illustrator mainly on character part. Thanks a lot bro.. 🙂

Selama ni aku buat coding and test pakai Google Chrome. Baru aku perasan yang bila aku pakai Firefox, ada sedikit maslah. Terutama sekali nk paparkan server time. Penting kot dalam game mcm ni nk kena tahu ‘masa pelayan’. So far aku takdek idea lagi nk solve maslah ni. Pakai Chrome dulu la kot. Huhu..

Since IPad kesayangan dah dipulihkan.. Dunia Pendekar jugak dah di test di browser Safari. Canteek. Baek punyer. So pada pengguna Mac, anda boleh main Dunia Pendekar dengan baik sekali. Very IPad friendly. Hehe..

Sedikit perkembangan.. Aku tgh buat map sekarang ni. Mcm biasa, aku curik dari Travian dulu. Nnti baru ubah. Dalam minggu ni aku mungkin kena delete semua akaun sebabnya map dia jauh2.. Susah aku nk test. Nnti aku limit koordinat yang boleh dipakai. Itu saja update kali ni.. Adios..

Perkembangan Pesat

Alhamdulillah..sudah banyak perkembangan game Dunia Pendekar. Sekarang boleh dikatakan hampir 90% bahagian pendaftaran dah setel. Yang dah berjaya siap:

  1. Daftar Pemain
  2. Pengaktifan Pemain
  3. Log Masuk
  4. Buka Kampung
  5. Bina Bangunan
Next step aku akan buat
  1. Upgrade bangunan
  2. Upgrade sumber
Baad pon dah bagi gambar kampung dan pusat kampung. Hopefully bila dia dah antar gambar2 bangunan boleh aku integrate dengan game sekarang. Biar nmpak gempak sket. Thanks to Baad atas support, kalo tak aku pon tak semangat nk buat kalo takda gmbr. Sambil2 buat game ni aku cari gak kot2 ada keje buat game, terjumpa satu post kat internet:
****lampiran bermula******

Community Master/Game Master
(Kuala Lumpur – Bukit Jalil)

Responsibilities:

  • Prepare and coordinate all game announcements on internal website, forum, Facebook, blog site, game content, newsletter and others,
  • Search for additional game information,
  • Establish and maintain good relationship with guild leaders,
  • Compile player’s initial feedbacks for game improvements,
  • Propose strategies and plans to maintain current game community,
  • Lead the team on managing existing game updates in forum replies and to increase the thread popularity.

Requirements:

  • Candidate must possess at least SPM or above,
  • Good command of English, Chinese and Malay, both written and oral,
  • Passion for online games,
  • Knowledge in Facebook/Forums, social networking.
****lampiran berakhir******
Menarik gak tapi kalo aku keje ni fulltime sakit woo.. Apapon game Dunia Pendekar ni target siap tahun ni gak. Orang rumah pon dah mengharap game ni siap secepat mungkin. Hehe.  Harap2 nnti aku boleh cari pekerja macam iklan tuh.
Oh ya… aritu aku ada buat list bangunan yang mungkin akan digunakan oleh Pemain yang memilih untuk jadi pendekar. Untuk yang pedagang aku tak sempat nk pikir lagi tapi ada lah rough idea. Here goes bangunan untuk Pendekar:
  1. Rumah Ketua Kampung
  2. Rumah Penduduk
  3. Warung Kopi
  4. Tapak Laga Ayam
  5. Tukang Kayu/Rumah
  6. Mimbar Perhimpunan
  7. Pasar
  8. Baruh Padi
  9. Gedung Sumber
  10. Gelanggang Silat
  11. Pondok Bomoh
  12. Tukang Besi/Senjata
  13. Penternak (Puak Api), Nelayan (Puak Air), Pemburu (Puak Tanah), Petani (Puak Angin)
  14. Kandang Kuda
  15. Tempat Bertapa
  16. Perigi
  17. Teratak Hulubalang
  18. Balai Keramat
  19. Pondok Pawang/Dukun
  20. Palung Minyak Tanah
  21. Tukang Batu
  22. Tembok
  23. Menara
Itu je buat kali ini..nnti kalo ada masa aku terangkan kegunaan setiap bangunan. Kita tunggu Baad siapkan gambarnya dulu.. ;p
-Fuad-

Di mulakan Kembali

Assalamualaikum Wr. Wb.

Setelah beberapa lama, projek dunia pendekar akan di sambung. Terima kasih tak terhingga kepada saudar Baad yang sudi berkerjasama untuk menyiapkan game Dunia Pendekar ini.

Sebagai langkah pertama, segala perkembangan Dunia Pendekar akan di update di blog ini kerana domain duniapendekar.com akan digunakan untuk pembinaan game. Aku rasa ini lebih efficient dalam pelaksanaan game ni.

Itu saja dulu buat masa ni, kita tunggu hasil kerja Baad.. 🙂 Thanks again Bro…

-Fuad-